5 GUNUNG TERTINGGI DI JEPUN

Negara Jepun sangat terkenal dengan kemajuan teknologi, kota metropolitan dan budaya tradisi mereka. Akan tetapi Jepun juga sebagai dengan destinasi pergunungan dan syurga kepada penggiat sukan rekreasi. Dianggarkan lebih 70 peratus tanah Jepun dipenuhi dengan gunung-ganang, gunung berapi dan puncak bersalji. Pada penulisan kali ini kami ingin berkongsi senarai 5 gunung tertinggi di Jepun. Sekiranya berpeluang untuk melancong ke negara matahari terbit ini, kami sangat mengesyorkan untuk menawan salah satu puncak gunung-gunung tersebut.

1. GUNUNG FUJI.

Gunung Fuji sudah tidak asing kepada kita dan tidak perlu diperkenalkan lagi kepada ikon bagi negara Jepun ini. Dengan ketinggian 3776 meter, Gunung Fuji adalah gunung tertinggi di Jepun dan merupakan sebuah gunung berapi strato yang masih aktif. Pada 22 Jun 2013 gunung ini telah diseraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Gunung Fuji terletak di sempadan antara wilayah Shizuoka dan Yamanashi, kira-kira 150 kilometer dari bandar Tokyo. Ia boleh diakses melalui tiga bandar iaitu Kawaguchiko, Gotemba dan Fujinomiya. Dari Kawaguchiko, pendakian boleh dilakukan melalui Denai Yoshida yang merupakan denai paling terkenal dan terdapat banyak penginapan di sepanjang denai dari stesen 7 hingga stesen 8. Dari Gotemba pula terdapat dua denai pendakian iaitu Subashiri dan Gotemba. Manakala Denai Fujinomiya boleh diakses dari bandar Fujinomiya.

Gunung Fuji hanya boleh didaki semasa musim panas iaitu pada bulan Julai sehingga awal bulan September. Kebiasannya Denai Yoshida dibuka dari 1 Julai hingga 10 September, manakala Denai Subashiri, Gotemba dan Fujinomiya dibuka dari 10 Julai hingga 10 September. Tarikh pembukaan dan penutupan denai mungkin berubah mengikut tahun, maklumat rasmi dan status terkini Gunung Fuji boleh disemak di http://www.fujisan-climb.jp/en/.

Nantikan artikel lengkap dan padat dari kami mengenai pendakian Gunung Fuji melalui Denai Yoshida. Stay tuned!

Kelihatan puncak tertinggi Gunung Fuji iaitu Puncak Kengamine (atas kanan) dan kawah yang masih bersalji.

2. GUNUNG KITADAKE.

Sekiranya ada yang ingin mencari gunung yang sama mencabar seperti Fuji tetapi tidak perlu bersesak-sesak, mempunyai landskap yang lebih cantik dan bentuk muka bumi serta hidupan liar yang pelbagai, Gunung Kitadake adalah pilihan terbaik. Dengan ketinggian 3193 meter, Gunung Kitadake merupakan gunung kedua tertinggi di Jepun dan Ia terletak di banjaran Minami Alps. 

Cara termudah untuk mengakses Gunung Kitadake ialah melalui bandar Kofu yang terletak di wilayah Yamanashi, kira-kira dua jam perjalanan dari Tokyo menaiki bas. Dari Kofu perlu menaiki bas ke Hirogawara di mana jejak denai pendakian bermula. Untuk info, Hirogawara hanya boleh diakses menggunakan bas atau teksi sahaja kerana kereta persendirian tidak dibenarkan di dalam Taman Negara Minami Alps.

2o minit daripada Hirogawara, denai akan bercabang kepada dua dan kedua-duanya menghala ke Gunung Kitadake. Laluan kanan akan melalui Penginapan Shirane-Oike sebelum naik ke permatang menuju Penginapan Kata No Koya. Manakala laluan kiri pula akan melalui Sungai Okabasawa dan menghala ke Futumata, kemudian naik ke permatang dan bertemu dengan laluan kanan tadi sebelum menuju Penginapan Kata No Koya. Penginapan ini terletak di satu kawasan lapang betul-betul di bawah puncak Kitadake.

Selain itu, terdapat satu lagi denai yang menghala ke penginapan Kitadake Sansou yang terletak di bahagian selatan Gunung Kitadake. Dari Futamata, denai akan bercabang kepada tiga, kanan ke arah Penginapan Shirane-Oike, tengah ke arah Penginapan Kata No Koya dan kiri pula menghala ke penginapan Kitadake Sansou. Laluan ini bentuk muka buminya lebih berbatu besar dan dikatakan masih bersalji sehingga awal bulan Ogos.

Dari Gunung Kitadake kita boleh melihat pemandangan Gunung Fuji yang sangat cantik (gambar atas sekali, diambil dari Penginapan Kata No Koya). Gunung ini boleh didaki dari awal bulan Mei sehingga November. Di musim sejuk, jalan ke Hirogawara ditutup dan tidak boleh diakses dengan kenderaan.

Nantikan artikel lengkap dan padat dari kami mengenai pendakian Gunung Kitadake. Stay tuned!

Berdiri di kawasan puncak Kitadake

3. GUNUNG AINODAKE.

Gunung Ainodake kebiasaanya didaki sekali dengan Gunung Kitadake kerana terletak betul-betul bersebelahan dengannya. Bersama-sama dengan Gunung Notoridake, ketiga-tiga gunung yang bersambung ini dikenali sebagai Shirane Sanzen (tiga puncak putih). Gunung Ainodake merupakan gunung keempat tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3190 meter, hanya berbeza 3 meter dengan Kitadake.

Bergerak turun dari puncak Kitadake menghala ke Penginapan Kitadake Sansou, pendakian boleh diteruskan ke Gunung Ainodake. Pendakian dari puncak ke puncak mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebaik tiba di Gunung Ainodake, pendaki boleh memilih untuk meneruskan pendakian ke Gunung Notoridake atau berpatah balik dan turun ke Hirogawara.

Menghampiri puncak Ainodake.
Pengasas Monmaria berdiri di puncak Ainodake, 3190 meter.
Gunung Kitadake dan penginapan Kitadake Sansou dilihat dari Gunung Ainodake.

4. GUNUNG OKU-HOTAKADAKE.

Gunung Oku-Hotakadake merupakan gunung ketiga tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3190m dan hanya dibezakan beberapa kaki sahaja dengan Gunung Ainodake. Gunung ini terletak di Banjaran Kita Alps dan boleh diakses dari Kamikochi, sebuah pusat peranginan yang terkenal di Jepun. Untuk ke Kamikochi pula, bandar terdekat ialah Matsumoto yang terletak di sebelah timur dan Takayama yang terletak di sebelah barat.

Terdapat dua laluan dari Kamikochi ke Gunung Oku-Hotadake, yang pertama melalui Lembah Dakesawa sebelum mendaki naik cerun curam ke Gunung Mae-Hotakadake dan seterusnya menuju ke Gunung Oku-Hotakadake. Laluan kedua pula melalui denai hutan yang panjang dari Kamikochi hingga ke Yokoo sebelum memasuki Lembah Karasawa dan mendaki naik ke Penginapan Hotakadake-Sansou, seterusnya melalui cerun curam ke puncak Gunung Oku-Hotakadake.

Jika dibandingkan dengan tiga gunung yang lain sebelum ini, pendakian ke Gunung Oku-Hotakadake adalah lebih mencabar kerana bentuk muka buminya yang berbatu, bercerun curam dan laluan rabung yang sempit. Walau bagaimana pun banyak rantai besi dan tangga disediakan di kawasan yang berbahaya. Selain itu penanda arah juga banyak ditanda di atas batu-batu supaya pendaki tidak mengambil laluan yang merbahaya.

Lembah Karasawa.
Penginapan Hotadake-Sansou
Mendaki naik cerun curam berbatu menuju puncak Gunung Oku-Hotakadake.
Puncak Gunung Oku-Hotakadake.

5. GUNUNG YARIGATAKE.

Gunung Yarigatake yang boleh dilihat dengan jelas dari Gunung Oku-Hotakadake merupakan gunung kelima tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3180 meter. Dikatakan ia diberi nama “Yari” yang bermaksud lembing di dalam bahasa Jepun kerana bentuk puncaknya yang seakan lembing. Selain itu, ia juga digelar “Matterhorn Jepun” dek kerana bentuknya yang hampir menyamai gunung terkenal di Banjaran Alps, Switzerland itu.

Sama seperti Gunung Oku-Hotakadake, gunung ini boleh diakses dari Kamikochi. Jalan yang sama dilalui sehingga ke Yokoo sebelum meneruskan pendakian ke Lembah Yarisawa dan mendaki naik cerun berbatu ke Penginapan Yarigatake Sansou yang terletak betul-betul di bawah puncak Yarigatake. Kemudian pendaki perlu memanjat cerun curam untuk sampai ke puncak yang hanya berbaki 200 meter sahaja lagi. Terdapat banyak rantai besi dan tangga disediakan untuk keselamatan dan memudahkan pendakian di bahagian akhir ini.

Menyusuri Sungai Azusagawa menuju Lembah Yarisawa.
Penginapan Yarigatake Sansou dan Puncak Yarigatake.
Memanjat naik cerun curam untuk sampai ke puncak.
Tangga terakhir sebelum tiba di puncak Gunung Yarigatake.

Useful? Share with your friends

[shared_counts]

EASY

Suitable for: People of most ages – excluding young* children – who are generally in good condition, with some (basic) hiking experience.
Trail conditions: mostly facilitated and wide, with firm and stable surfaces. Decent signage and trail markings.
Type of terrain: Flat/hilly.
Distance, duration and elevation: 2-3 km, 2-3 hours per day, with little/some increase in elevation.

 

MODERATE

Suitable for: People of most ages – excluding young* children – who are generally in good condition, and have previous hiking experience.
Trail conditions: At times facilitated (ie. wooden/stone staircases, bridges, railings). Narrower and more technical, although mostly firm and stable surfaces. Rocks and other obstacles are present. Some signage, good trail-markings.
Type of terrain: Hilly, with some steeper, rocky sections where good eye/hand/feet coordination is required.
Distance, duration and elevation: 3-8 km, 3-5 hours per day, with quite a lot of elevation gain.

 

DIFFICULT

Suitable for: People of most ages – excluding young* children – who are generally in good condition, and have previous hiking experience.
Trail conditions: At times facilitated with simple technical equipment (ie chains, ropes). Narrow/non-existent trails mostly marked with simple signs/cairns. At times more technical “off-the-beaten-track” hiking.
Type of terrain: Mountainous. Steeper sections with rocky surfaces requiring good eye/hand/feet coordination. Unsteady surfaces and a variety of obstacles (ie creeks, swamps, bushes, boulders) occur.
Distance, duration and elevation: 8-12 km, 5-7 hours per day, with a significant gain in elevation.

 

VERY DIFFICULT

Suitable for: People in their physical prime – excluding people under 18 yrs. – who are in extremely good condition, and have extensive hiking experience.
Trail conditions: rarely facilitated with very simple technical equipment (ie chains, ropes). Mostly non-existent, unmarked trails. Mainly technical “off-the-beaten-track” hiking and scrambling.
Type of terrain: Mountainous. Mainly unsteady surfaces and a wide variety of obstacles (ie creeks, rivers, swamps, bushes, boulders, and steep rock surfaces).
Distance, duration and elevation: At least 12 km, and more than 7 hours, with at least 1500 meters gain in elevation per day.