APA ITU PENYAKIT ALTITUD TINGGI

Anda ingin mendaki ke Puncak Dafeng, Gunung Siguniang atau mungkin ke Everest Base Camp (EBC)?

Selain daripada persediaan fizikal, pastikan anda mempunyai pengetahuan asas mengenai Penyakit Altitud Tinggi, cara beraklimitasi dengan baik dan juga langkah-langkah untuk mencegah. Penyakit altitud tinggi boleh membawa mudarat atau lebih teruk boleh menyebabkan kematian jika tidak dipantau dan diurus dengan baik.

Bukan EBC sahaja, mana-mana tempat atau gunung yang melebihi 2500 meter juga berpotensi untuk menyebabkan penyakit altitud tinggi. Contohnya Lhasa di Tibet, La Paz di Bolivia, Gunung Kinabalu, Gunung Fuji dan Annapurna Base Camp (ABC).

PENYAKIT ALTITUD TINGGI

Penyakit altitud tinggi terjadi apabila kita tidak beraklimitasi dengan baik atau bahasa mudahnya badan kita tidak menyesuaikan diri bila sampai di altitud tinggi. Penyakit ini boleh terjadi apabila kita bergerak ke altitud tinggi, 2500 meter dan ke atas. Terdapat tiga jenis penyakit altitud tinggi iaitu Acute Mountain Sickness (AMS), High-Altitude Pulmonary Edema (HAPE) dan High-Altitude Celebral Edema (HACE). 

Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira samada atlit olimpik, pendaki veteran atau orang muda. Penyakit altitud tinggi mungkin boleh terjadi sewaktu tiba di EBC atau mungkin semasa menaiki kereta merentasi jalan gunung berketinggian 3800 meter untuk sampai ke kaki Gunung Siguaniang. Tiada manusia yang imun kepada penyakit altitud tinggi, orang yang pernah ke altitud tinggi dan tidak mengalami penyakit ini sebelumnya mungkin juga boleh terkena.

 

  • Acute Mountain Sickness (AMS) adalah jenis yang sederhana dan paling kerap terkena kepada pendaki.

  • High-Altitude Pulmonary Edema (HAPE) adalah jenis yang kadang-kadang terkena kepada pendaki. Kondisi yang serius di mana paru-paru dipenuhi air dan boleh menyebabkan kematian.

  • High Altitude Celebral Edema (HACE) pula jarang terjadi tetapi paling serius di mana otak membengkak dan mangsa hilang kawalan badan. Kondisi ini boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat secepat mungkin.

KENAPA KITA BOLEH TERKENA PENYAKIT ALTITUD TINGGI?

Bila kita bergerak ke altitud tinggi udara semakin menipis dan kadar oksigen semakin berkurang. Walaupun peratus oksigen di dalam udara adalah tetap, disebabkan oleh tekanan udara yang berkurang setiap sedutan udara yang masuk ke dalam paru-paru mempunyai bilangan molekul oksigen yang rendah berbanding bila kita berada di paras laut.

Oleh yang demikian, badan kita perlu membiasakan diri dengan kurangnya oksigen. Inilah yang dikenali sebagai proses aklimitasi. Proses aklimitasi ini memerlukan masa. Tahap kecergasan fizikal, umur dan pengalaman tidak memberi perbezaan kepada proses aklimitasi. Proses adaptasi fisiologi ini berbeza untuk setiap orang, ada yang cepat dan ada yang lambat. 

TIPS MENCEGAH PENYAKIT ALTITUD TINGGI

  • Kaedah terbaik ialah dengan bergerak naik secara perlahan. Ini memberi peluang kepada badan kita untuk beraklimitasi secara semula jadi.

  • Elakkan bergerak naik ke tempat tinggi secara cepat dan mendadak.

  • Sentiasa sabar, jangan terburu-buru untuk sampai awal atau cuba mengejar orang di hadapan.

  • Bila tiba di altitud tinggi, sekurang-kurangnya bermalam untuk dua malam sebelum bergerak ke altitud lebih tinggi. Sebagai contoh dalam pendakian EBC, selepas mendaki dua hari dari Lukla (2860 meter), kebiasaan pendaki akan bermalam dua atau tiga malam bila tiba di Namchee Bazaar (3440 meter) sebelum meneruskan perjalanan.

  • Sekiranya anda mengalami gejala AMS, bersedia untuk berhenti dan tidak bergerak naik selagi gejala tersebut belum redah. Sekiranya tiada perubahan anda dinasihatkan untuk bergerak turun.

  • Jika anda meneruskan pendakian, kemungkinan AMS akan bertambah teruk atau bertukar menjadi HAPE dan membahayakan nyawa anda.

  • Rawatan terbaik untuk penyakit altitud tinggi ialah bergerak turun ke altitud lebih rendah.

Tips-Tips Pencegahan Lain

Seperti yang biasa kita dengar “mencegah adalah lebih baik dari mengubati”. Oleh itu, kita disarankan untuk mengamalkan amalan

  • Minum air secukupnya sekurang-kurangya 2 hingga 4 liter sehari. Semasa mendaki teguklah air setiap 15 hingga 20 minit.

  • Elakkan mengambil minuman berakohol apabila sampai di altitud tinggi.

  • Elakkan melakukan aktiviti berat dan memenatkan seperti berlari apabila sampai di altitud tinggi.

  • Sebaik tiba di altitud tinggi, elakkan daripada terus tidur. Sebaiknya buatlah aktiviti ringan seperti membaca buku.

  • Acetazolamide (Diamox) boleh membantu mempercepatkan proses aklimitasi dan mencegah daripada AMS dan HAPE. Pastikan mendapat perskrepsi dan nasihat daripada pegawai perubatan untuk ubat ini.

GEJALA DAN KAEDAH RAWATAN PENYAKIT ALTITUD TINGGI

Terdapat beberapa gejala untuk setiap jenis penyakit altitud tinggi, akan tetapi hanya ada satu kaedah terbaik untuk merawatnya iaitu bergerak turun ke altitud lebih rendah. Berdasarkan pemerhatian kami, mendaki semasa dalam AMS boleh mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan juga orang lain, selain itu boleh menyebabkan kecelakaan. Apabila sampai di satu altitud dan seseorang terkena AMS, dia boleh berhenti dan menunggu di situ sehingga AMS itu redah. Untuk HAPE pula, sebaiknya bergerak turun. Manakala HACE, turun ke altitud rendah secepat mungkin.

Acute Mountain Sickness (AMS)

GEJALA: Sakit kepala merupakan gejala utama AMS. Selalunya sakit kepala datang sekali dengan mual,  muntah, penat, hilang selera makan dan susah untuk tidur.

RAWATAN: Berhenti, rehat dan tidak naik ke altitud lebih tinggi. AMS kebiasaanya reda selepas dua hari. Ikuti kaedah di bawah:

  • Jika anda terkena AMS, rehat dan tinggal di altitud semasa atau turun ke alititud lebih rendah. Turun 300 meter lebih rendah sudah memadai. Jika AMS telah reda, anda boleh meneruskan pendakian.

  • Banyakkan berehat dan ambil Paracetamol (Panadol) atau Ibuprofen untuk melegakan sakit kepala.

  • Sekiranya mendapat preskripsi, ambil Acetazolamide (Diamox) seperti yang diarahkan. Diamox membantu mempercepatkan proses aklimitasi dan boleh meredakan gejala AMS. Pastikan anda mendapat nasihat dan preskripsi pegawai perubatan sebelum berlepas ke destinasi anda.

  • Sekiranya mendapat preskripsi, ambil Dexamethasone (Decadron) seperti yang diarahkan. Dexamethasone boleh mengurangkan otak membengkak dan boleh meredakan gejala AMS sederhana dan teruk. Pastikan anda mendapat nasihat dan preskripsi pegawai perubatan sebelum berlepas ke destinasi anda.

High Altitude Pulmonary Edema (HAPE)

GEJALA: Sesak nafas dan datang bersama batuk. Pada awalnya ia mungkin menunjukkan gejala AMS dan mungkin juga tidak. Keadaan ini mungkin datang daripada AMS yang tidak dirawat. Gejala lain juga seperti sesak nafas yang berpanjangan, keletihan walau dalam keadaan rehat dan batuk berkahak.

RAWATAN: HAPE boleh menyebabkan kematian. Pesakit perlu diberikan bantuan oksigen dan sebaiknya dibawa turun ke altitud lebih rendah sekurang-kurangnya 300 meter.

High Altitude Cerebral Edema (HACE)

GEJALA: HACE bermula dengan gejala seperti AMS dan bertambah buruk dengan sakit kepala teruk, fikiran bercelaru, hilang koordinasi badan, mudah jengkel, muntah-muntah, sawan, koma dan kemudian mati jika tidak dirawat. Antara tanda-tanda HACE ialah tidak boleh berjalan lurus atau hilang keseimbangan jika berdiri satu kaki.

RAWATAN: HACE boleh menyebabkan kematian. Pesakit perlu turun ke altitud rendah secepat mungkin. Sebaik tiba di altitud rendah, pesakit perlu menerima rawatan profesional.

Useful? Share with your friends

[shared_counts]

EASY

Suitable for: People of most ages – excluding young* children – who are generally in good condition, with some (basic) hiking experience.
Trail conditions: mostly facilitated and wide, with firm and stable surfaces. Decent signage and trail markings.
Type of terrain: Flat/hilly.
Distance, duration and elevation: 2-3 km, 2-3 hours per day, with little/some increase in elevation.

 

MODERATE

Suitable for: People of most ages – excluding young* children – who are generally in good condition, and have previous hiking experience.
Trail conditions: At times facilitated (ie. wooden/stone staircases, bridges, railings). Narrower and more technical, although mostly firm and stable surfaces. Rocks and other obstacles are present. Some signage, good trail-markings.
Type of terrain: Hilly, with some steeper, rocky sections where good eye/hand/feet coordination is required.
Distance, duration and elevation: 3-8 km, 3-5 hours per day, with quite a lot of elevation gain.

 

DIFFICULT

Suitable for: People of most ages – excluding young* children – who are generally in good condition, and have previous hiking experience.
Trail conditions: At times facilitated with simple technical equipment (ie chains, ropes). Narrow/non-existent trails mostly marked with simple signs/cairns. At times more technical “off-the-beaten-track” hiking.
Type of terrain: Mountainous. Steeper sections with rocky surfaces requiring good eye/hand/feet coordination. Unsteady surfaces and a variety of obstacles (ie creeks, swamps, bushes, boulders) occur.
Distance, duration and elevation: 8-12 km, 5-7 hours per day, with a significant gain in elevation.

 

VERY DIFFICULT

Suitable for: People in their physical prime – excluding people under 18 yrs. – who are in extremely good condition, and have extensive hiking experience.
Trail conditions: rarely facilitated with very simple technical equipment (ie chains, ropes). Mostly non-existent, unmarked trails. Mainly technical “off-the-beaten-track” hiking and scrambling.
Type of terrain: Mountainous. Mainly unsteady surfaces and a wide variety of obstacles (ie creeks, rivers, swamps, bushes, boulders, and steep rock surfaces).
Distance, duration and elevation: At least 12 km, and more than 7 hours, with at least 1500 meters gain in elevation per day.