PENDAKIAN GUNUNG SINSING & GUNUNG KAINGARAN

Gunung Sinsing & Gunung Kaingaran adalah 2 daripada 5 gunung tertinggi di Sabah dan juga Malaysia. Kewujudan kedua gunung ini baru sahaja dimasukkan dalam senarai gunung boleh didaki dalam aktiviti pendakian negara.

Gunung Sinsing berketinggian 2603 m dari paras laut manakala Gunung Kaingaran pula 2482 m. Ini menandakan Gunung Sinsing adalah gunung ketiga tinggi di Malaysia selepas Gunung Trusmadi (kedua) dan Gunung Kaingaran pula kelima tertinggi selepas Gunung Tambuyukon.

Kedua-dua gunung ini terletak di Banjaran Trusmadi dan buat masa ini pendaki boleh mendaki kedua-dua gunung ini dalam satu ekspedisi. Pendakikan ke Gunung Kaingaran akan melalui puncak Gunung Sinsing dan laluan pulang akan melintasi lagi Gunung Sinsing.

Keizinan mendaki gunung ini hendaklah diperolehi daripada Pejabat Perhutanan Daerah Tambunan. Malim gunung akan ditentukan oleh mereka. Segala urusan boleh juga dibuat melalui operator yang telah disenaraikan oleh Jabatan Perhutanan. Kini operasi ini terletak di Pusat Informasi Refflesia, Tambunan.

Kebiasaannya tempoh ekspedisi adalah 4 hari 3 malam. Jarak rentis 14.4 KM atau 14400m sehala dari pintu rimba ke Puncak G.Kaingaran. Sebelum itu pendaki perlu menaiki 4WD ke pintu rimba dari Balai Raya Kampung Nupakan, Tambunan selama kira-kira 1 jam ke 1 jam setengah.

Hari Pertama dikira hari anda mendaftar di Pusat Informasi Refflesia. Perjalanan seterusnya adalah masuk ke pedalaman Kampung Nupakan. Jalan gravel kini sedang dinaik taraf yang menghubungkan Bandar Tambunan ke Kampung Nupakan. 

Pendaki perlu bermalam di Balai Raya Kampung Nupakan dan memulakan perjalanan ke pintu rimba di awal pagi keesokannya. Papan tanda jarak diletakkan di sepanjang rentis yang bermula dengan 14400m. Fasa pertama rentis dari KM 14.4 ke KM10 adalah landai dan bekas jalan balak lama.

Fasa seterusnya mula mendaki dari tanda KM 10 ke basecamp di KM 6.3. Terdapat anak sungai yang biasa menjadi tempat persinggahan makan tengahari di KM 9.7. Kebiasaannya, pendaki dijangka tiba di basecamp di sekitar jam 4.30 petang atau di awal malam. Basecamp mempunyai kemudahan asas seperti khemah, khemah memasak, pili air dan tandas.

Pendakian ke Puncak Sinsing dan Puncak Kaingaran boleh dimulai seawal jam 3 atau 4 pagi. Seeloknya pendaki tiba di Puncak Sinsing sewaktu matahari terbit. Keindahan ini yang akan memukau mata yang menyaksikannya. Bagi pendaki yang hanya ke Gunung Sinsing boleh mendaki lebih lewat sekitar jam 9 atau 10 pagi.

Perjalanan ke Puncak Kaingaran akan melalui 5 puncak lagi yang dipanggil “dragon backbone” dan pendaki perlu tiba di COT point di KM 1.7 sebelum jam 10:30 pagi. Jam 11 ke 12 biasanya pendaki akan tiba di Puncak Kaingaran. Kembali ke basecamp di hari yang sama dan akan tiba di lewat petang.

Semalaman lagi di Basecamp, di hari terakhir pendaki akan meninggalkan basecamp di awal pagi dan kebiasaannya tiba di pintu rimba sekitar jam 3 atau 4 petang. Kenderaan pacuan 4 roda akan sedia menanti dan membawa pendaki pulang ke Balairaya Kampung Nupakan. Ekspedisi Tamat. 

Useful? Share with your friends

[shared_counts]

EASY

Suitable for: People of most ages – excluding young* children – who are generally in good condition, with some (basic) hiking experience.
Trail conditions: mostly facilitated and wide, with firm and stable surfaces. Decent signage and trail markings.
Type of terrain: Flat/hilly.
Distance, duration and elevation: 2-3 km, 2-3 hours per day, with little/some increase in elevation.

 

MODERATE

Suitable for: People of most ages – excluding young* children – who are generally in good condition, and have previous hiking experience.
Trail conditions: At times facilitated (ie. wooden/stone staircases, bridges, railings). Narrower and more technical, although mostly firm and stable surfaces. Rocks and other obstacles are present. Some signage, good trail-markings.
Type of terrain: Hilly, with some steeper, rocky sections where good eye/hand/feet coordination is required.
Distance, duration and elevation: 3-8 km, 3-5 hours per day, with quite a lot of elevation gain.

 

DIFFICULT

Suitable for: People of most ages – excluding young* children – who are generally in good condition, and have previous hiking experience.
Trail conditions: At times facilitated with simple technical equipment (ie chains, ropes). Narrow/non-existent trails mostly marked with simple signs/cairns. At times more technical “off-the-beaten-track” hiking.
Type of terrain: Mountainous. Steeper sections with rocky surfaces requiring good eye/hand/feet coordination. Unsteady surfaces and a variety of obstacles (ie creeks, swamps, bushes, boulders) occur.
Distance, duration and elevation: 8-12 km, 5-7 hours per day, with a significant gain in elevation.

 

VERY DIFFICULT

Suitable for: People in their physical prime – excluding people under 18 yrs. – who are in extremely good condition, and have extensive hiking experience.
Trail conditions: rarely facilitated with very simple technical equipment (ie chains, ropes). Mostly non-existent, unmarked trails. Mainly technical “off-the-beaten-track” hiking and scrambling.
Type of terrain: Mountainous. Mainly unsteady surfaces and a wide variety of obstacles (ie creeks, rivers, swamps, bushes, boulders, and steep rock surfaces).
Distance, duration and elevation: At least 12 km, and more than 7 hours, with at least 1500 meters gain in elevation per day.